Gili Trawangan

Trip Ke Gili Trawangan dibuat hanya untuk memenuhi permintaan Husna yang nak sangat pergi dekat Ombak Sunset. Semua orang mengetahui akan keistimewaan yang terdapat di Gili Trawangan. Pastinya semua mengetahui akan kecantikkan air lautnya dan juga keramahan lokalnya. Yang paling best semua makanan seafood di Gili sangat murah. Bayangkan anda dapat makan ikan yang besar set nasi air dengan hanya 20000IDR. Gila kan! Disini saya akan kongsikan serba sedikit trip kami.



Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur. Seperti biasa kami mengambil flight pagi supaya dapat jimat masa untuk berjalan disekitar Lombok. Ticket flight Airasia KUL-LOMBOK berharga RM159. Ini harga promo jadi saya sangat menggalakan anda beli ticket dengan harga promo. Kami sampai ke Lombok tepat jam 12 dan flight kami delay selama 1 jam. Kami dijemput Pak Supir dari Rinjani Resort, homestay yang kami bakal duduk sebelum menuju ke Gili. Pak Supir membawa kami jalan-kalan ke kampung suku kaum sasak. Kami berpeluang memakai pakaian tradisional mereka dan mempelajari cara tenunan batik mereka. Yang pasti adat dekat sini, orang perempuan kena belajar menenun dulu baru boleh kahwin! Setelah itu kami lunch di port best Ayam Taliwang dan Plecing Kangkung. 2 makanan nie its a must eat food in Lombok okay!




Seusai makan, kami meneruskan sightseeing di Malibu Hill. Pemandangan disini memang terbaik. Susah nak digambarkan dengan kata-kata. Puas bergambar dan mengambil angin, kami pulang ke resort dan berehat secukupnya untuk perjalanan kami ke Gili esok.


Keesokan paginya, kami bergerak ke Jeti untuk ke Gili. Di sini, terdapat 2 perkhidmatan bot untuk ke Gili. Ada perkhidmatan speed boat yang mengambil masa tidak sampai 30minit utuk ke Gili manakala perkhidmatan boat biasa yang mengambil masa selama setengah jam dan duduk bersama lokal. Kami memilih untuk merasai pengalaman seperti lokal dan ternyata ia sangat meriah berbanding menaiki speed boat. Kami menggunakan perkhidmatan cidomo untuk ke homestay kami. 1 cidomo dikenakan bayaran sebanyak 50000IDR.




Aktiviti petang kami bermula dengan menyewa sebuah basikal berharga 15000 untuk satu hari tour disekitar Gili. Check point pertama kami sudah semestinya Ombak Sunset yang diidamkan oleh Husna selama ini. Kami berhenti mengambil beberapa keping gambar disitu. Saya galakkan anda datang awal pagi kerana anda harus menunggu giliran untuk mengambil gambar disitu. Perjalanan kami diteruskan ke check point seterusnya iaitu puncak tertinggi di Gili. Tak lah berapa tinggi tapi still memerlukan skill hiking. Pemandangan disini sangatlah cantik dan berpuas hati dapat melihat Gili dari jarak yang jauh. Disebelah malam kami cuma mencari makanan di night market Gili. Makanan disini superb murah dan sedap.



Keesokannya, kami memilih package snorkeling 3 Gili iaitu Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air. Disetiap Gili terdapat pelbagai tarikan dan harganya sangat murah iaitu 100000IDR per person. Secara jujur ini pengalaman pertama saya snorkeling and it turns into a disaster snorkeling ever, Hahahhahaahha. Kami berhenti makan di Gili Meno dan meneruskan perjalanan ke Gili Air. Satu pengalaman yang baru buat saya tetapi sangat memorable. Pulang dari snorkeling kami rehat dan sebelah malamnya sekali lagi kami ke night market Gili mencari makan malam. Kami bersiap meninggalkan Gili pada awal pagi jam 6. Dapat kami melihat cantiknya sunrise di Gili Trawangan ini.


Gili Trawangan adalah sebuah tempat percutian yang ideal bagi pasangan yang baru berkahwin untuk berbulan madu. Bagi saya, trip ke Gili ini adalah sebuah percutian yang membuatkan saya semakin jatuh cinta dengan alam semulajadi. Semoga impian saya untuk melawat Gili akan tercapai lagi satu hari nanti. Oh ya! Sebelum lupa, jangan lupa makan gelato di Gili okay. Worth it!


Comments

Popular posts from this blog

TRAVELOG : BALI

Askar dan Musuh