Dara dan Teruna


29/6/2013
1:51 am

Ini hanyalah satu rekaan conversation yang tidak akan pernah berlaku antara seorang dara dan seorang teruna. Anda tidak dibenarkan menggambarkan sesiapa mahupun dimana. Tiada sesiapa yang akan bertanggungjawab diatas kekecewaan dan keretakan didalam hati anda.

Ting tong.

Seorang teruna melangkah masuk sambil tersenyum.
Seorang dara tergamam.

'Bila balik Tanah Melayu?' Dara.
'Dah seminggu'. Teruna
'Ouh sampai bila cuti?' Dara.
'Sampai penghujung bulan tett mungkin'. Teruna
'Kenapa tak bagitau dah balik?' Dara.
'Ermmm..penting ke kena bagitau..' Teruna
'Penting. (baca: tegas) sebab saya nak tahu berapa lama lagi saya kena tunggu seseorang yang tak mungkin akan pandang saya sama macam saya pandang dia.' Dara

Teruna pandang Dara. Diam. Kelu. Tiada jawapan.

Ting Tong.

Dara melangkah pergi.


-syakila hisam

Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

TRAVELOG : BALI

Askar dan Musuh