Kamu.

Bismillahirahmanirahim..


Kamu.
Kelmarin kau muncul dalam mimpi aku.
Aku lupa apa perananmu di situ
tapi aku ingat ada raut wajahmu.

Kamu
Tiba-tiba aku rindu.
Tapi aku berdoa agar kau tak rindukan aku.
Kerana aku tahu
Pada rindu ada sendu
Sendu yang tak berlagu
Dan kerana aku tahu
Aku tak layak untuk kau rindu


- Adaptasi dari angin awan

 p/s : Dah 11 hari senyap tanpa berita. Susah nak digambarkan perasaan risau. 

Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

Askar dan Musuh

TRAVELOG : BALI