VITA


Vita....

First time dengar reaksi aku.
Garu kepala yang tak gatal sambil kening terangkat pipi ternaik belah kanan.
Saraf otak aku tanya diri aku 'Apa benda seyh Vita nie'
Aku fikir Vita itu adalah sejenis minuman yang berperisa seakan-akan koko yang sedap diminum.
Itu yang otak aku fikir lah.
Rupanya VITA  itu makna ringkasnya kehidupan.
Patutlah tanya beriya-iya apa aku nak dalam VITA.

Bagi aku lah kehidupan nie simple
Kita buat apa yang kita nak tapi kenalah berusaha then tak boleh main langgar pantang larang dalam islam.
Kena ikut agama. Kita kan ada pegangan agama masing-masing.
Kalau apa yang kita nak tu macam tersasar cuba cari alternatif baru.
Hidup nie pendek sangat so cubalah semua benda tapi ingatlah sikit apa yang Do and Don't.
Itulah kot maksud kehidupan dalam kamus aku.

Tapi aku pon tak ada arah tujuan lagi dalam hidup nie. Lost!
Bila orang tanya aku main jawab jerk sebab aku tak pernah tentukan arah tujuan diri aku.
Terumbang-ambing lagi.
Macam berdiri atas rakit di tengah sungai yang rancak berlari.
Sadis kan hidup tak de arah tapi nak buat mcm mana.
Aku berpegang pada kata-kata 'LET THE FATE FARES YOU TO THE DESTINY'
Sebenarnya tak boleh kalau macam tu tapi entah lah otak badan hati aku suka.

Aku berdoa supaya satu hari nanti aku akan berpaling tadah dari kata-kata magik aku.
Mungkin.
Jangan terkejut kalau tetiba aku berubah angin dan arah.
Insha-allah. Doakan sentiasa yerk.
Doakan yang baik-baik.
AMIN.

P/s: Gadis masih tegak menanti walau sepi tanpa khabar disana. :)

Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

TRAVELOG : BALI

Jaded