Sekilas Pelayaran

Bismillahirahmanirahim...

Hadirnya insan bernama manusia dalam hidup silih berganti. Ada antaranya amat diperlukan,amat dihargai. Ada juga yang tidak dijangkakan. Apakah maksud kehadiran seorang  lelaki dalam kehidupan seorang wanita.? Begitu juga sebaliknya. Di saat tidak perlukan teman daripada kalangan bukan sejenis didatangkannya  untuk kita. Ya ujian barangkali. Namun waktu itu sukar untuk kita berpijak pada nyata. Terlupa bahawa tidak semua yang Allah berikan itu adalah suatu takdir,boleh jadi ia didatangkan sebagai ujian semata.

Kehadiran setiap individu dalam hidup ini perlu dinilai dari aspek yang berbeza. Ada yang baik untuk kita, dan mungkin juga sebaliknya. Kerana Allah itu sentiasa menduga keimanan hambanya. Sejauh mana kita benar-benar berpegang pada prinsip ketaatan kita pada-Nya. Nikmatnya sangat besar. Sama besar dengan uijan yang didatanginya. Mungkin pemberian-NYA membuatkan kita gembira,bahagia dan kita mula leka kembali dengan nikmat itu. Sedangkan ia mungkin hanya ujian kedua sama seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Juga kebarangkalian, itu merupakan satu balasan pada titik-titik noda yang pernah kita hadapi sebelum ini. Konsep kehidupan. Tidak semudah itu kita bisa merungkaikan apakah maksud sebenar akan sesuatu pemberian daripada Allah. Mungkin sesuatu yang kita suka itu tidak baik untuk kita. Ia mungkin dapat dilihat dapat membahagiakan jiwa namun sebaliknya.,berkemungkinan ia akan memakan sedikit demi sedikit keimanan kita.



Justeru? Apa perlu kita lakukan? Semestinya kita perlu muhasabah diri .Setiap yang berlaku itu perlu dirujuk kepada Allah. Bukan terus sahaja diambil mentah-mentah dalam hidup kita. Berhati-hati itu lebih baik dari terburu-buru. Namun kita hanya insan biasa. Kadang terlupakan-Nya. Dia sentiasa bersama kita. Dia lah yang menghidupkan pancaindera kita. Dia yang menguji kita. Dia juga yang membahagiakan kita. Dia yang membuat kita senyum. Dia yang membuat kita menangis. 

Bermuhasabahlah yang akan membawa kita lebih dekat dengannya. Bisakah kita senyum tanpa kebenarannya. Dia sangat kasih kepada kita. Cuma kita yang merasa jauh. dan tidak yakin akan kasih-Nya.
Insyallah jika niat kita suci,ikhlas semata-mata kerana-Nya dia akan mempermudahkan jalan hidup kita.


''Berat sungguh dugaan hidup aku hingga membuatkan aku terdiam membisu namun aku harus kuat kerana tiada sesiapa yang mampu menguatkan dalaman aku selain dari aku dan Allah. Sabar itu kemanisan iman''

syakila hisam




Comments

  1. sabar itu kemanisan iman.. betul tu.. sebab orang yg sabar sahaja dapat merasainya

    ReplyDelete

Post a Comment

Drop me your opinions

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

TRAVELOG : BALI

Askar dan Musuh