November Wishes

Bismillahirahmanirahim..


Ya Allah berikanlah aku kekuatan. Berikanlah aku kesabaran seluas samuderamu dalam menghadapi apa yang sedang ku hadapi saat ini.Ya Allah Diamku bukan bererti aku membenarkan sekalipun mengiyakan apa sahaja yang berlaku. Ya Allah ampunkan dosaku, dosa-dosa  kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dan dosa sahabat-sahabatku. Selamatkanlah aku dari azab-azab kubur dan nerakaMu. Ya Allah, kau pimpinkanlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhamu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku.





Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku,dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pembimbingku maka kau bukakanlah pintu hatinya untuk menerima diriku. Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanmu Ya Robb. Namun, andainya bukan dia yang sepatutnya aku dampingi maka jauhikan aku dari dirinya,kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu. Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amin~~~


Tiada kedamaian setanding kedamaian tika berdua-duaan dengan Pencipta.


syakila hisam



Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

TRAVELOG : BALI

Askar dan Musuh