Wanita

Bismillahirahmanirahim...

Seorang kawan yang baik dengan pernah bertanya sesuatu pada aku. 'Boleh tak kalau aku nak freehair sebab aku rasa aku mcm hipokrit sangat pakai tdg''. Waktu itu aku mencari jawapan yang sesuai untuk diberikan padanya. Sedangkan diri aku pun masih jahil dan masih mencari sesuatu kebenaran apa yang patut aku katakan. Cukuplah sekadar nasihat ringkas dari diri aku. Aku tidak layak untuk menuturkan mana yang patut dilakukan oleh seseorang kerana itu adalah hak dan pilihan diri sendiri. Setelah sebulan berlalu barulah aku mendapat jawapannya. Sekadar perbualan antara seorang pemuda dan ustaz sudah memadai untuk diri aku dan juga jawapan bagi kawan aku itu.


sumber google

PEMUDA: Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik. Saya kenal beberapa orang wanita bertudung dan perangai mereka ada yang lebih teruk dari wanita yang tidak bertudung.

Dalam pemikiran ustaz tersebut..
Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas - akal perlu dirujuk pada naqal. Mesti memahami prinsip wahyu terlebih dahulu,kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbatas.

USTAZ: Sebenarnya apa yang awak cuba sampaikan?

PEMUDA: Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat!

USTAZ: Justeru wanita yang jahat  itu adalah wanita yang  menutup aurat? 

PEMUDA: Er.Er Bukan begitu.Maksud saya baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung pada pemakaiannya , samada dia menutup aurat ataupun tidak.

USTAZ: Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?

PEMUDA: Jujur,terus terang.peramah, lembut....

USTAZ: Itu sahaja? 

PEMUDA: Ya itu sahaja..pada pemikiran Ustaz apa pula ukurannya?

USTAZ: Kita hanya manusia biasa, Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan pada manusia mentafsir apa itu kebaikan akan celaru dibuatnya.

PEMUDA: Habis untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik.

USTAZ: Akal perlu tunduk pada penciptanya, Allah.. Fikiran mesti merujuk pada Al-Quran dan hadith. Akal kita bebas tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang ligat berpusing pada paksinya. 

PEMUDA: Ah! Jauh kita menyimpang bukan ke kita berbincang tentang wanita yang baik tadi?  Saya ulangi wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat bukan?

USTAZ: Separuh betul. Kalau dia wanita yang baik jujur,peramah dan lemah-lembut ya dia 'baik' di sudut itu. Tetapi jika dia telah mendedahkan auratnya die telah melanggar perintah Allah di sudut yang lain. Dia tidak 'baik' di sudut berpakaian.kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al-Quran. Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat itu perintah Allah. Namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, Insyallah lambat-laun dia akan menutup aurat juga.


sumber google


PEMUDA: Maksud ustaz?

USTAZ: Jika seorang wanita itu benar-benar baik budinya Insyallah lambat -laun dia akan menutup auratnya. Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik, lambat-laun hal luaran pasti akan baik.

PEMUDA: Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya dan wanita yang hanya mengikut fesyen semata?

USTAZ: Bab aurat dia telah selamat namun dia haruslah memperbaiki akhlak dan perangainya. Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu samada dia ikhlas atau pun tidak menutup aurat. Soal hati hak Allah.

PEMUDA: Tetapi jika wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat..

USTAZ: Jika hatinya jahat lambat-laun dia akan membuka auratnya semula.

PEMUDA: Mengapa?

USTAZ: Menutup aurat adalah pakaian wanita solehah. Wanita yang jahat tidak mampu memakai pakaian wanita solehah.

PEMUDA: Patutlah saya melihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh namun kemudiannya tudungnya semakin singkat lama-kelamaan mula memakai seluar ketat kemudian berubah memakai pakaian sendat lama kelamaan bertdung alar kadar sahaja.

USTAZ: Peubahan luaran gambaran perubahan hati. Kalaulah hati yang baik sahaja jadi penilaian Allah,tentulah isteri-isteri dan anak-anak Rasulullah  tidak perlu menutup aurat.Hati mereka sudah namun tidak begitu hati yang baik bukannya alasan untuk mendedahkan aurat. 

PEMUDA: Wanita yang jahat tidak perlu menutup aurat?

USTAZ: Tidak semestinya.kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat mungkin kerana dia sedang berusaha mengatasi halangan luaran dan dalaman. Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik.

PEMUDA: Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk akhlaknya? Wajarkah mereka mendedahkan auratnya supaya tidak hipokrit? 

USTAZ: Perangai yang buruk bukannya alasan untuk mendedahkan aurat . Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat telah ditegakkan. Alhamdullilah. Tinggal satu lagi memperbaiki akhlaknya. Itu sahaja yang perlu dilakukannya. Satu selesai tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika disamping perangai buruk mereka juga turut mendedahkan aurat ..itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai. Bab aurat dan bab perangai!

Pemuda tersebut tersenyum sambil berkata 'Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang' 

Alhamdullilah.

Contengan yang agak panjang namun terima kasih kerana membacanya hingga ke saat akhir. Syukran.


syakila hisam

Comments

Post a Comment

Drop me your opinions

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

Askar dan Musuh

TRAVELOG : BALI