Grateful

Bismillahirahmanirahim...

Blink 182- I Miss You


Selamat pagi semua.
Hari ini hari yang cukup sempurna untuk melakukan aktiviti harian kita seperti biasa. Bersyukurlah kerana kita masih lagi bernafas dan masih lagi mampu meneruskan hari-hari kita seperti biasa dan bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah berikan pada kita dan janganlah kita terlalu memilih dengan segala kurniaan itu. Seperti juga jodoh janganlah kita terlalu memilih kelak diri akan menyesal.

Jika anda memancing ikan dan ikan itu telah terlekat di mata kail janganlah melepaskan ikan itu kembali hendaklah kamu mengambil ikan itu. Ini kerana ia akan sakit akibat dari ketajaman mata kailmu itu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga jika kamu memberi banyak pengharapan pada seseorang setelah dia menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya dan janganlah kamu sesekali meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakannya selagi dia masih hidup. Jika kamu menadah air biarlah berpada janganlah terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia terlalu teguh,cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Apabila sekali ia retak tentu sukar untuk kamu menambalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakannya semula.




Begitulah juga jika kamu memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu mengaguminya dan menganggapnya terlalu istimewa.Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu boleh terus kekal hingga ke akhirnya.

Jika kamu memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelazatan. KELAK nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya LALU kamu menyesal.

Begitu juga jika kamu bertemu dengan seseorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN pada dirimu. MENYAYANGIMU dan MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan...KELAK kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain LALU kamu juga akan MENYESAL.

Buatlah pilihan yang tepat bukan cepat.


syakila hisam


Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

TRAVELOG : BALI

Jaded