SAHABAT KERANA ALLAH

Bismillahirahmanirahim...

Ada yang kata ''bersahabat dengan penjual minyak wangi,kita juga akan menjadi wangi'. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa persahabatan adalah penting dalam sesuatu perhubungan yang diterapkan dengan kejujuran,kasih sayang,hormat-menghormati dan juga bersahabat kerana Allah. Namun tidak semua di kalangan kita tahu apa yang dikatakan bersahabat dengan Allah?

1. Memberitahu teman anda bahawa anda kasih dan sayang kepadanya. Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
 '' Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya'' (HR Abu Daud)

2. Amalan ziarah menziarahi sahabat. Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
  '' Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu''

3.Apabila berpisah dengan sahabat doakan sahabat anda tanpa pengetahuannya. Nabi Muhammad S.A.W                 bersabda:
 ''Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya''



4. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabat anda. Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
 ''Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikitpun sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria''

5. Segera bersalaman ketika bertemu dengan sahabat anda. Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
 '' Setiap dua orang bersalaman yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah''

6. Memberi hadiah. Nabi Muhammad S.A.W bersabda;
 ''Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang''


Kesimpulannya berkawanlah dengan hati yang ikhlas dan suci dari segala hasad dengki nescaya persahabatan itu akan berkekalan dan membawa kebahagiaan bagi kedua belah pihak. Terima kasih untuk semua yang menjadi rakan saya. Terima kasih sangat-sangat.

syakila hisam

Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

TRAVELOG : BALI

Askar dan Musuh