CINTA

Bismillahirahmanirahim...

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah,Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya mmerupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Bagaimanapun Cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya tersendiri seperti:

1.Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.


2.Cinta kepada Rasulullah dan Para Anbia

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)



3.Cinta sesama mukmin


Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w. 





Itulah cinta di dalam Islam. Ia harus diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Janganlah kita menjadi mangsa syaitan cinta yang seterusnya. Sesungguhnya sudah banyak kes yang melibatkan permainan syaitan cinta ini. Ini sekadar renungan kita bersama. Bukan ditujukan kepada sesiapa hanya untuk mengingati diri sendiri agar tidak terlalu merindui seorang manusia yang berlainan jantina yang ternyata belum menjadi hak mutlak diri ini.


SYAKILA HISAM.


Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

TRAVELOG : BALI

Askar dan Musuh