Lost

Peace be upon to you..

Al-fatihah buat Uncle aq yang sudah kembali ke rahmatullah dan marilah bersama-sama mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat. AMIN..



Buat pertama kali dalam hidup aku nampak Abg erul menangis. Aku tak pernah nampak die nangis tapi sejak semalam die menangis. Mata die bengkak. Tapi aku masih tahan lagi air mata aku nie dari mengalir keluar.Sepanjang  arwah uncle dimandikan dikapankan sampailah diiringi ke Van Jenazah untuk dikebumikan Mama tak berhenti-henti menangis. Ewin lagilah. Aku tak boleh tahan air mata aku lagi bila Ewin peluk aku. Die menangis.Kami berpelukan dan menangis.Aku seakan paham perasaan die waktu itu. Aku melihat orang disekeliling aku.Mereka semua menangis.Mama aku lagilah menangis tak berhenti apabila mendengar talkin dibacakan.Jenazah Uncle selamat dikebumikan sebelum solat jumaat tadi.Selama ini aku hanya mendengar berita kematian tapi aku tidak pernah lagi merasainya sehinggalah salah seorang Uncle aku pergi. Aku sedih sebab lepas nie aku tidak boleh lagi mendengar gurauan die. Usikan dari arwah Uncle. Waktu kecil-kecil dulu aku selalu main dan tido kat rumah arwah Uncle. 



Baru aku  paham maksud kehilangan yang sebenar dan kehilangan Uncle dlm hidup aku merupakan satu titik hitam dlm hidup aku..

May Allah Bless You

Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

TRAVELOG : BALI

Askar dan Musuh