Ya Allah!..Ini Kisah Cinta Aq!

Assalam...

Orang kata 'love at the first sight' or 'first love' nie susah nak dilupakan.Aq terdiri dalam kelompok yang menyokong frasa ini sebab aq masih tak dapat melupakan seseorang.Ade juga orang kata jangan paksa diri untuk melupakan mereka kerana hanya mengundang derita di hati namun simpanlah kenangan yang baik bersama mereka dan menguncinya dalam di lubuk hati kita.Janganlah sesekali kita cuba membuka kunci itu ibarat kita memberi penderitaan dalam hati sendiri.Ade juga yang berpesan kalau tak nak hati disakiti jangan terjebak dalam percintaan.Berkawanlah namun jangan sampai mendapat penyakit yang bernama 'CINTA!'.


Aq hanya mampu berdoa agar aq tidak akan terjebak dan mendapat penyakit seperti itu lagi.Cukuplah sekali aq memahami keindahan dan keperitan disebalik penyakit itu.Biarlah mereka berkata-kata kerana aq tidak mampu menutup mulut mereka.Aq hanya mampu menutup dan memekakkan telinga aq daripada hinaan dan kejian daripada mereka semua.Sesungguhnya mereka tidak mengenali diriku dan mereka bukan SYAKILA HISAM.Kuatnya aq cuma aq seorang yang tahu.Lemahnya aq juga aq seorang yang tahu,Hanya mereka yang istimewa saja mengetahui kekuatan dan kelemahan aq.Namun ade seseorang manusia yang bagi ku sangat bererti dalam hidup aq telah muncul kembali.Die menceriakan hidupku.Die mengukir senyuman di bibir manisku.Die buat aq tahu segala jenis perasaan di muka bumi Allah ini.Die membuat hidupku manis seperti gula-gula kapas kegemaran aq.Die mewarnai pelangi aq.Dielah berus lukisan atas kanvas aq.Dielah pena di atas cebisan kertas aq.Dielah tone dalam warna air ku.Setiap hembusan dalam nafasku adalah dia.Setiap gerakan anggota badan aq hanyalah dia.Dalam maya atau benar yang ku nampak hanyalah kelibat dia.Secara ringkasnya kehidupan aq telah ku serahkan padanya namun tidak maruahku.Aq masih mempertahankanmya untuk mereka yang bakal mendidik dan membimbing aq ke-jalan yang benar.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Begitu juga dengan dia.Segalanya telah berakhir.Setiap helaian kertasku tidak puitis namun hanya sumbang.Kocakan air warnaku bertukar pudar.Setiap berus lukisanku menjadi lusuh dan pelangiku tidak seindah dulu.Yang kekal bersamaku didalam hembusan dan tiap pergerakan aq hanyalah kenangan yang telah wujud di atas kanvas kehidupanku.Cukuplah sekali aq memberi laluan hatiku menderita dan terluka.Hanya sekali dan tak kan ku memberinya peluang untuk disakiti lagi.Biarlah dia aq simpan dan kuncinya dalam lubuk hati aq.Tidak akan sesekali aq membukanya  kembali kerana aq tahu ape yang akan bakal terjadi dalam kehidupanku.Sesungguhnya penyakit itu telah meninggalkan parut yang sangat dalam hati ku kerana aq hanyalah seorang wanita bukannya sebuah boneka.

''Kepada si dia biarlah aq melayari hari-hariku sendirian dan janganlah kau meminta untuk kembali kerana sesungguhnya aq tidak sanggup menghadapi penderitaan ini lagi.Cukuplah sekali kau muncul dan jangan kau mencari dimana jejak ku lagi.Berkawan dengan dirimu pown aq tidak sanggup kerana itu hanya satu penyiksaan bagi diriku.Matlamat ku sekarang hanya memandang ke depan dan berjalan meninggalkan kisah hidupku bersamamu di persisiran pantai.''



-INILAH PENGAKHIRAN PERCINTAAN MISS SYAKILA HISAM-

Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

TRAVELOG : BALI

Askar dan Musuh