Kawan




Khamis, 7 Mac 2013.

Aku benci ‘the rule of medicines’. Dari kecik sampai sekarang. Tapi paling aku benci paling menyedihkan paling buat aku kecewa sampai aku rasa pedih ialah situasi sekarang. Sekarang waktu aku menulis ni, aku rasa ‘please stop the pain, both pain’. 
Aku ada hak untuk gembira. Aku ada hak untuk tersenyum. Aku ada hak untuk bahagia. 
Bagilah aku ruang untuk rasa itu semua. 
Kamu,kamu dan kamu tak akan pernah merasa tiap satu celaka dan awan gelap dalam hidup aku. Yang rasa cuma hati aku dan diri aku. Jadi please stop saying ‘Aku tau apa yang kau rasa’. Ah! Itu semua tipu. 
Jangan cium aku dengan kata-kata penyedap rasa. Tampar aku dengan kata-kata kebenaran. Minta aku satu penjelasan dan bukannya satu tikaman di belakang. 
Kamu lupa. Aku manusia hina. Aku tak akan pernah jadi sempurna. Bahkan dari segi fizikal, aku tidak sempurna lagikan yang lain. 
Berhentilah. Cukuplah. Aku penat untuk menanggung segala rasa celaka dalam hati dan sakit yang sedia sebati dengan fizikal aku. Aku cuma mahu satu. 
Jujurlah sayang diri aku jangan tipu lagi. Aku sakit. 

syakila hisam

Comments

  1. Do nothing and they will tell u what to do. Get well soon. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

SILALAH KOMEN!

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

Askar dan Musuh

TRAVELOG : BALI