Perempuan dan Bunga

Bismilahirahmanirahim..


Perempuan sama macam bunga. Jenis yang sama tapi membawa maksud yang berbeza-beza bagi tiap warnanya. Aku berani bet ramai perempuan yang suka bunga dan aku berani kata ada juga perempuan yang tak sukakan bunga. Biasalah adat dunia manusia. Dimana ada yang suka disitu juga ada yang benci. Itu memang sangat menjadi tradisi dekat dunia nie bukan takat Malaysia jerk ade perangai sebegini rupa.

Aku sangat sangat sangat sangat suka bunga. Sebab apa?

Sebab tiap satu bunga sebenarnya membawa ertinya sendiri dalam bahasa bunga. Aku lebih suka kategorikan sifat seseorang dalam bahasa bunga. Aku suka bunga yang berwarna pink. Aku sangat gemar bunga berwarna pink sebab maksud tiap bunga pink nie berbeza dan sangat menarik hati aku.

Tapi tak semestinya benda yang kita suka yang kita cinta dan yang kita sayang kita akan pilih jadi pendamping dalam hidup kita. Manusia banyak sangat pilihan dalam kehidupan kitaran mereka dan jawapan pilihan itu hanya ada dalam jari-jemari manusia itu sendiri. Antara sanggup atau tidak jerlah sebenarnya.

Berbalik pada apa yang aku kata, aku sangat suka bunga dan semua jenis bunga aku suka termasuklah bunga tahi ayam. Ehh bunga tahi ayam ada maksudnya tersendiri jugak okay. Aku ulang kata balik aku suka bunga ros pink sebab maksud dia kena dengan jiwa aku. Maksudnya cinta pertama pada si dia yang tidak dinyatakan dan memendam sesuatu rasa pada seseorang. Cliche sangat kan. Konon.

Sebenarnya apa yang cuba aku sampaikan dalam konteks ini adalah manusia berbeza minat dan pendapat. Perlu ke kita manusia nie mempertikaikan minat dia. Contoh : Emak kau minat hindustan, Adik kau minat K-Pop, Abang kau minat hardcore dan kau hadam semua segala jenis muzik. Tapi korang still dalam satu keluarga yang mempunyai talian. Sama-sama menerima minat yang berbeza. See?
Jangan disebabkan benda yang kecil boleh menghuru-harakan satu negara. Berfikir menggunakan segala pancaindera yang Allah s.w.t bagi. Guna semuanya. Ingat! Jangan biarkan sejarah hitam negara kita berulang kembali. Bersyukurlah mulai sekarang. Buka mata hati bukan mata lidah.

10.30pm
syakila hisam


*Bagi aku kau adalah Ranunculus yang membawa erti 'Kau sangat menarik' . 

Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

Askar dan Musuh

TRAVELOG : BALI