5 Hari

Bismillahirahmanirahim..

* Tercetus ketika waktu dan saatnya rumah aku terputus talian internet yang menghubungkan aku dengan laman sesawang. Jangka hayat selama 5 hari aku dirumah bagai orang mabuk hilang anak. Terima kasih pada yang sudi baca.

Banyak benda yang aku bodoh
Banyak benda yang aku buntu
Tapi dalam banyak-banyak benda
Ada satu benda yang aku paling tak faham
Orang bodoh yang buat tindakan gila melulu
Contohnya. . . .
Jalan kecik
Lorong sempit
Jentera besar
Kau fikir jalan itu akan besar
Kau fikir lorong itu akan lebar
Kau fikir jentera yang kau megahkan itu KECIK!
Sila pungut balik otak lutut bawa ke kepala kau
Kerana tindakan waras yang kau banggakan itu
Terputusnya segala talian dan kabel elektrik rumah aku
Yang paling menaikkan darah merah muda aku
Wayar internet aku kau biar dicuri 'mat gian'
Bengangnya aku!
Bangangnya mereka!


syakila hisam

Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

Askar dan Musuh

TRAVELOG : BALI