TELEPORTASI


''Biarpun aku yang asing selalu memikirkanmu....Harap kau sudi mendengar deruan hujan jiwaku melalui lagu ini oh untukmu''


Pejamkan mata dan tutup rapat-rapat. Jangan tutup sekarang. Putarkan lagu terlebih dahulu agar lebih menghayati nikmatnya sebuah kisah suam-suam kuku ini. Kisahnya begini tap tap tip tap tutup mata sekarang. Dengar?
Guruh dan sang cahaya pantas berlaga antara satu sama lain.
Derapan hujan kedengaran dalam samar pekatnya malam.
Angin menderu laju bersama bunyi.
Dengar?
Bait-bait lirik lagu yang mendamaikan.
Ketukan papan kekunci menaip.
Tangan menari laju bersama gerakan jemari yang lemah.
Kisahnya tentang jarak 7 jam dan 8 jam bila luruhnya tiba disana.
Kisahnya tentang Malaysia dan UK.
Kisahnya tentang komplikasi diri.
Kisahnya tentang si gadis dan si jejaka.
Baca.
1 2 3 4 5 6 7 8 9
Tiada kisah yang menarik.
Hanya yang ada telepati antara gadis dan jejaka.
Penggunaan bahasa yang mereka berdua dengar.
Bahasa hati sang gadis dan jejaka.
Hati sang gadis yang menunggu dan menanti penuh sabar.
Sekepal daging yang merangkumi rindu dan kata tak terucap.
Kan dah kata kisah suam-suam kuku yang tak tercapai dek akal.
Satu benda yang pasti.
Hati gadis tetap pegun dan kekal. 

- SYAKILA HISAM 

Comments

Post a Comment

SILALAH KOMEN!

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

Askar dan Musuh

TRAVELOG : BALI