Ilham


Tik tak tok tuk..Keyboard berbunyi sumbang. Kemudian henti.
Idea sang penulis lari bertempiaran.
Berterabur kemerata tempat.
Sang penulis ketandusan idea ketandusan bahasa ketandusan kata-kata.

mana dia lampu berwarna terang atas kepala
mana dia pandangan luar
mana dia nota-nota muzik
mana dia ilham sang penulis.

Mata pensil melakar sesuatu
Sang penulis melukiskan si pengilham
Laju dan pantas
Bau karbon hitam dan getah silih berganti
Si pengilham terlakar indah.
Ada rupa dan senyuman.

Tik tak tok tik..Keyboard berbunyi kembali.
Ilham depan mata
Buah minda menduyun-duyun laju masuk ke saraf otak
Ternyata sang penulis kosong tanpa pengilhamnya.

-Syakila Hisam

Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

Askar dan Musuh

TRAVELOG : BALI