Posts

Showing posts from September, 2012

VITA

Vita....

First time dengar reaksi aku.
Garu kepala yang tak gatal sambil kening terangkat pipi ternaik belah kanan.
Saraf otak aku tanya diri aku 'Apa benda seyh Vita nie'
Aku fikir Vita itu adalah sejenis minuman yang berperisa seakan-akan koko yang sedap diminum.
Itu yang otak aku fikir lah.
Rupanya VITA  itu makna ringkasnya kehidupan.
Patutlah tanya beriya-iya apa aku nak dalam VITA.

Bagi aku lah kehidupan nie simple
Kita buat apa yang kita nak tapi kenalah berusaha then tak boleh main langgar pantang larang dalam islam.
Kena ikut agama. Kita kan ada pegangan agama masing-masing.
Kalau apa yang kita nak tu macam tersasar cuba cari alternatif baru.
Hidup nie pendek sangat so cubalah semua benda tapi ingatlah sikit apa yang Do and Don't.
Itulah kot maksud kehidupan dalam kamus aku.

Tapi aku pon tak ada arah tujuan lagi dalam hidup nie. Lost!
Bila orang tanya aku main jawab jerk sebab aku tak pernah tentukan arah tujuan diri aku.
Terumbang-ambing lagi.
Macam berdiri atas…

TELEPORTASI

''Biarpun aku yang asing selalu memikirkanmu....Harap kau sudi mendengar deruan hujan jiwaku melalui lagu ini oh untukmu''

Pejamkan mata dan tutup rapat-rapat. Jangan tutup sekarang. Putarkan lagu terlebih dahulu agar lebih menghayati nikmatnya sebuah kisah suam-suam kuku ini. Kisahnya begini tap tap tip tap tutup mata sekarang. Dengar? Guruh dan sang cahaya pantas berlaga antara satu sama lain. Derapan hujan kedengaran dalam samar pekatnya malam. Angin menderu laju bersama bunyi. Dengar? Bait-bait lirik lagu yang mendamaikan. Ketukan papan kekunci menaip. Tangan menari laju bersama gerakan jemari yang lemah. Kisahnya tentang jarak 7 jam dan 8 jam bila luruhnya tiba disana. Kisahnya tentang Malaysia dan UK. Kisahnya tentang komplikasi diri. Kisahnya tentang si gadis dan si jejaka. Baca. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Tiada kisah yang menarik. Hanya yang ada telepati antara gadis dan jejaka. Penggunaan bahasa yang mereka berdua dengar. Bahasa hati sang gadis dan jejaka. Hati sang g…

KEJAR

Ada satu kisah ringkas
Ada adegan kejar-mengejar
Ceritanya
Dia mengejar aku dan aku mengejar yang lain
Kami saling mengejar
Tapi mcm kipas
Kejar sana kejar sini
Tapi tak pernah dapat sentuh dan capai
Macam kipas yang tiga beradik
Terhenti bila suis off
Itu kipas
Tapi kami yang mengejar
Sampai bila suis dalam hati nak off
Tak penat ke kata hati
Aku akan berhenti mengejar bila yang lain katakan tidak
Dan waktu itu kami bukan lagi kipas
Sebab bilah aku berpusing ke arah dia.
Dia yang mengejar aku.

-SYAKILA HISAM

Ilham

Tik tak tok tuk..Keyboard berbunyi sumbang. Kemudian henti.
Idea sang penulis lari bertempiaran.
Berterabur kemerata tempat.
Sang penulis ketandusan idea ketandusan bahasa ketandusan kata-kata.

mana dia lampu berwarna terang atas kepala
mana dia pandangan luar
mana dia nota-nota muzik
mana dia ilham sang penulis.

Mata pensil melakar sesuatu
Sang penulis melukiskan si pengilham
Laju dan pantas
Bau karbon hitam dan getah silih berganti
Si pengilham terlakar indah.
Ada rupa dan senyuman.

Tik tak tok tik..Keyboard berbunyi kembali.
Ilham depan mata
Buah minda menduyun-duyun laju masuk ke saraf otak
Ternyata sang penulis kosong tanpa pengilhamnya.

-Syakila Hisam