Posts

Showing posts from June, 2012

PUSING

Pusing kiri
Pusing kanan
Pusing tengah
Okay itu tipu
Pusing tepi balik
Nampak dia
Pusing mana-mana
Aik! Dia lagi
Pejam mata
Muncul dia lagi
Ah! Tidur jelah.
Mimpi pusing-pusing
Tapi masih ada dia
Sah!
Aku ada hati dengan dia.

HATI

Hati seorang emak


'Jangan menaruh harapan pada orang yang tak suka kita'

'Buang perasaan suka tu jauh-jauh'

'Menjatuhkan maruah seorang perempuan Bie'

'Pergi pada orang yang sayang kita lebih dari sayang diri dia sendiri'

'Kelak hidup lebih bahagia'

'Jauhkan diri dari semua benda yang mengingatkan kita pada dia'

'Perasaan tu boleh pudar lama-lama'

'Doa mak sentiasa ada pada korang semua'

Hati seorang aku

'' Jauhkan diri dari sebarang benda yang ingat pada dia bukan satu kerja senang sebab jauh dari dia bermaksud tinggalkan semua perkara yang aku sangat suka. Dia seperti aku. Aku nampak diri aku disebalik diri dia. Kebetulan yang sangat memeritkan hati''




NAMA

Aku ada nama

Nama aku satu baris tapi ada 4 patah perkataan
Aku ada satu nama tapi banyak panggilan

Satu nama banyak panggilan
Dari permulaan sampai akhir
Tak satu pun tertinggal

Pelik dengan nama panggilan
Dari SYA ke KILA
Dari KILA ke ILA
Dari ILA ke YONG

YONG?
Jangan tanya aku kenapa
Ada sebab tersendiri
Yang aku pun tak pasti
Ada satu lagi nama yang aku sendiri pelik

SHARK?
Jerung?
Aku bukan jerung tapi
Aku akan jadi jerung
Bila ada orang jual ikan.

PESANAN

"Saya rasa sedih dan kesal. Kenapa hanya 

orang Melayu sahaja yang cuba menjatuhkan 


Raja? Kenapa bangsa lain takda buang masa 


membuat benda bodoh dan lebih focus 


terhadap untuk berjaya dalam hidup. Saya 


nak tengok apa akan jadi kepada melayu 


kalau negara yang kita sayang ini jadi macam 


Singapura. Kalau dah susah, jangan sibuk 


nak mencari Raja. Stop living life in a dream. 


Wake up and start facing the facts. Learn to 


Appreciate what You have and Bersyukur!" - 


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni 


Sultan Ibrahim Ismail

TADAH

Tadahkan saja telinga kiri
Tadahkan saja telinga kanan
Mendengar amarah sang manusia
Bertubi-tubi
Bertalu-talu
Tadahkan saja wahai telinga

Dengarkan saja hembusan sang manusia
Meluahkan lahar-lahar api keramat
Membunuh
Menikam
Merobek
Jantung setiap yang mendengar

Diamkan saja mulut
Bukan bererti lemah
Namun amarah itu api
Dan api itu
SYAITAN.

Jangan jadi seperti syaitan itu.
Berbicara lah seperti hamba Allah.
Tenangkan jiwa
Dan berbicara.

SESAT

Image
Assalamualaikum..

Pembuka bicara kata.
Cuti sem nie memang membunuh diri dan jiwa aku sampaikan nak baca buku pun tak de mood. Aku rasa sebab aku banyak pikir benda nie. Banyak sangat sampai rasa fedup dengan life aku sendiri sampai aku rasa cukuplah sampai sini. aku nak mengalah. hati aku dah penat.

TAPI

Aku lupa

AKU ADA ALLAH. Jadi aku tak boleh mengalah. Aku harus kuat.