Posts

Showing posts from May, 2012

SUKA

Image
Bismillahirahmanirahim...

Aku punya sukalah aku nak tulis apa sebab itu diri aku.
Aku punya sukalah nak gelak kuat2x ke sebab itu diri aku
Aku punya sukalah nak pakai apa sebab aku suka.

Macam sekarang aku punya sukalah nak tulis apa sebab aku tengah tak betul otak tengah keliru masalah banyak mendatang tapi aku cuba cari penyelesaian.
Kau pikir senang jadi aku?
Kau pikir senang aku nak handle dengan semua orang?

Kalau perangai manusia dalam muka bumi nie semua mcm kau sumpah wei aku rela mati terjun lombong dari hidup dengan dunia manusia serupa kau.
Susah nak handle orang macam kau. Dahlah cerewet konon tak nak lah konon okay lah. Aku bagi penampar kan apa pon tak dapat kau nie.

so. kau please diam.



Pedih

Assalamualaikum...

Hati pedih bila kasih ditolak
Hati pedih bila barang kesayangan hilang
Hati pedih bila kegemaran dibawa lari
Dan hati pedih bila dia berpaling menjauhi kita.

Perasaan bercampur baur
Semua resah.
Sudahlah jiwa.
Jangan pandang ke arahnya
Kerana

Hati dia terukir sesuatu yang berharga
Hati dia bertatukan sebuah nama
Hati dia memanggil kerinduan seseorang
Hati dia seperti aku
Memanggil dan menanti yang tak pasti
Yang penting
Barang berharga dia itu bukanlah aku.


SYAKILA HISAM

BINTANG

Image
Salam.





Aku terbang menuju ke bintang
Patah sayap lalu hujan mendatang
Apakah bisa impian dicapai dengan senang
Atau hidup ini tidak ada bisa yang tenang.

Cuba engkau perhatikan ia
Seakan memanggil namamu kesana
Adakah semua bintang-bintang ada yang punya?
Atau adakah sebuah bintang untukku telah tercipta.?

Indah sungguh malam damai ini
Seakan aku tidak mahu masa berganjak lagi
Apakah ini hanyalah mimpi
Mencari ilusi dalam fantasi

Aku mahu temankanmu melihat bintang
Agar kita berdua dalam keadaan tenang
Daripada kacau bilau yang mendatang
Dan kita berkongsi harapan agar impian kita takkan hilang. 

SYAKILA HISAM

KOSONG

Salam..

Aku merenung syiling. Kosong. Putih sahaja yang aku nampak. Aku tenung lagi. Sekali lagi kosong.
Kosong mcm jiwa aku sekarang. Terasa kosong sangat. Kenapa? Aku sendiri tidak tahu mengapa. Perihal dunia memang pelik. Bila aku pandang kanan ada tompok hitam dalam putih bila aku pandang kiri pon sama. Apa sudah jadi pada dunia yang aku impikan. Dunia yang aku sayang.

Ouh sudah tercemar rupanya.

Tercemar dengan apa. Tercemar dengan budaya mereka yang makan menggunakan sudu dan garpu pada awal zaman. Mereka yang menjajah negara kita waktu dulu kala.

Ouh mereka sudah lupa rupanya.

Alahai kosong. Bila lah hitam kembali putih lagi. Aku rasa hanya harapan yang tingggal. Kosong segalanya.

Tamat cerita.


BEBAS

Image
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...



AKU SUKA NAMA AKU. 
Apa ertinya kehidupan kalau tak tau tujuan?  Hidup mau cari untung, Kalau rugi menyusahkan diri. Buat apa bertanya orang Buat dulu baru tau Kalau gagal bukan mati.
Buka minda buka fikiran Jangan kolot nanti ketinggalan
Style aku Cara aku Buat apa kau nak sibuk?
Hidup ini umpama kertas Terpulang pada kau nak mencorakkannya Yang penting kau ada wawasan Jangan ikut rentak orang.
Yang penting hidup mau enjoy Hidup mau happy Hidup mesti ranggi.
Kalau gagal salah engkau  Bukan orang lain. Tetapkan tujuan dan fikiran Jangan fikir 2 kali.
Peluang datang hanya sekali Percaya pada diri sendiri
Bangunlah semua Majukan diri.

SYAKILA HISAM.