MUMBLING

Bismillahirahmanirahim...





Sebelum bermula ingin aku mengutarakan kata maaf kepada semua yang tak berkenaan pada gambar aku yang satu ini tapi aku tak kisah sebab masing-masing ada hak kan nak cakap nak kutuk nak puji kan almaklumlah manusia punya mulut paham-paham lah sendiri. Apa yang aku nak cakap apa yang aku nak tulis hanyalah sekadar satu bebelan biasa almaklumlah mulut akuu yang nak cakap jadi tangan menaip kalau terkeluar perkataan bisa biasalah aku hanyalah manusia kerdil yang tinggi selalu buat silap tapi belajarlah dari kesilapan. Apa yang aku nak cakap sebenarnya setiap manusia ada masalah yang diorg hadapi setiap hari setiap saat setiap detik setiap waktu and memang tak akan lari masalah itu daripada hidup semua manusia bro! Tapi bro kalau otak kau mind set fikir 24hours pasal problem tu sampai kiamat pon tak settle kalau kau asyik lari. Hadapinya bro and cari jalan penyelesaian tak pon haaaa buat2x lah solat bro ingat Allah s.w.t. WHY WHY? 

Nak cakap 'ALAH KAU TU PUN PAKAI TUDUNG SOLAT TAK PENUH JUGAK NAK TEGUR ORANG'. Ehemm ehemm *batuk comel sikit iye aku tau and aku sedar benda tu bro tapi aku tengah slow2x berubah nie bro. Kau tak tahu pape tak pe aku tak kisah sebab tak akan aku nak heboh satu dunia aku nie budak beriman ingat Allah 24hours bro. Riak namanya tu. Aku sendiri sedar benda tu sebenarnya bro and sis. Aku pakai tudung tapi perangai NAUZUBILLAH. Tak pe Insha-allah aku perlahan-perlahan merangkak kembali ke jalan yang benar. Aku tak berjalan bro sebab aku kena merangkak dulu kena mula dari awal balik bro. Back to basic back to basic! 

Kenapa aku tulis semua benda nie. Nampak tak tajuk aku tu pon nama MUMBLING so aku blablablabla lah nie and OMT ini blog aku jadi aku mempunyai hak 100% nak tulis tanpa memasukkan isu-isu politik and sensitif. Siapa yang baca tu kesianlah korang kalau tak suka. Tak pe aku tak kisah nak kutuk ke nak puji ke nak bagi nasihat ke takpe telinga aku nie sedia mendengar lagi. Konsep manusia kan biasalah hadam jelah kat perut. Ouh yeah satu lagi aku baru lepas menghadapi satu tekanan ombak besar dan aku tak kuat waktu itu tapi bila aku ingat Allah tekanan itu beransur pergi dan sekarang aku rasa sangat AWESOME okay bro sis. So in the conclusion, kita kena kuat dalam mengharungi dunia yang serba bermacam bakteria baik dan jahat nie. Ingat semua jangan fikirkan masalah sangat-sangat. We're still young and life aren't long people so please ROCK YOUR DAY!! 


''Hakikatnya diri tak pernah keseorangan. Ada yang melihat, ada teman setia, ada yang sayang, Allah. ''


Syakilahisam


Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

Askar dan Musuh

TRAVELOG : BALI