Sparkle

Bismilahirahmanirahim...

"Take a look at me now"

Sparkle? 
Apa kaitannya kan. Entah lah. Sambil aku menaip sambil aku menonton movie Barbie "The magical Of Pegasus' sambil minum air teh yang adik aku buatkan just untuk pujuk hati aku jerk tu sebab she's hurting me today and a lot. Tapi air yang dicincang tidak akan putus kan. Satu hari aku ketandusan idea untuk buat aktiviti apa yang menceriakan hari aku saat-saat aku dekat rumah tapi minda aku masih menemui jalan buntu. Jalan mati. Ingin aku contengkan di atas sebuah kertas putih namun idea itu tidak akn timbul juga jadi apa yang harus aku buat selama sebulan lebih ini. Mencari sebuah pengalaman dengan berkerja atau menolong ibu di rumah. Buntu lagi yang aku temui. 

Akhirnya hari ini aku menghabiskan masa aku dengan mendengar kesemua lagu artis pujaan ramai yakni pujaan ku jua. Mungkin ramai yang mengenali dirinya kerana popularitinya sejak akhir-akhir ini semakin meningkat saat demi saat. Siapa yang tidak mengenali si comel yang mempunyai bakat besar bermain piano sejak dari kecil lagi. Baru-baru ini beliau telah datang mengegarkan Malaysia dengan konsert Asia nya. Siapa lagi kalau bukan Greyson Chance. Lagu-lagu beliau kalau dihayati liriknya memang penuh dengan kata-kata semangat dan penghayatan. Sebab besar kenapa aku suka dekat beliau sebab lagu dia sangat melodi dan harmoni. Dia memang berbakat besar dan bakatnya yang digilap 'I'm surely his will be more sparkle than diamond'. 



'Don't know what you get tomorrow
Not sure where I want to go to night
Isn't that what life's about?'

 Ramai yang suka lagu dia yang 'Waiting Outside the Line' kan but aku lagi suka lagu dia yang Take a Look at me Now. Aku tak tahu lah whether nie lagu dia atau cover jerk but I love this the most. Lagu dia yang lain suka juga and cubalah dengar. Tak rugi minat dia and yeah Lagu Katy Perry 'The One That Got Away' is the most beautiful and lovely sad love story. Try hear that people. I can bet you'll like'em. 


syakila hisam

Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

Askar dan Musuh

TRAVELOG : BALI