KEBEBASAN

Assalamualaikum...

Tanya pada diri kita sendiri..adakah kita paham apa makna kebebasan? Apa itu kebebasan? Adakah pengertian kita tentang kebebasan itu sudah cukup mendalam untuk kita banggakan.? Adakah kita mengerti erti kebebasan yang sebenar? Bila ditanya apa itu kebebasan? Kebebasan bermaksud bebas daripada segalan ancaman bahaya. Bebas daripada penderitaan..bla bla bla bla bla bla bla..Kita mendalami ke maksud kebebasan itu sendiri? Itu yang penting.

Kebebasan bukan diucap dan diungkap hanya dibibir namun dirasai dan didalami di benak hati kita setiap manusia. Tidak semua erti kebebasan sama pada setiap insan. Ada diantara mereka merasai dan mengungkapkan kebebasan itu contohnya saudara kita di Palestin. Adakah mereka bebas? Adakah kita semua dapat merasai apa yang dirasai oleh mereka? Bayangkan betapa bahagianya hati mereka jika bebas dari penderitaan mereka. Bayangkan bagaimana mereka akan menjaga erti kebebasan andai mereka diberi peluang.


BEBAS??..

Adakah kita mentafsirkan kebebasan dengan merosakkan nama baik negara? Melakukan kesalahan dari segi undang-undang itu adalah makna kebebasan bagi diri kita? Adakah kita sedar selama ini kita tidak mendalami sedikit pown erti kebebasan yang sebenar. Renungkan lah apa yang sudah kita sumbangkan untuk negara. Rasuah isu yang panas seperti cendawan yang baru tumbuh selepas hujan.
Jenayah seperti sudah biasa dan lali didengar.
Adakah ini yang dikatakan kebebasan? Tidak kah kita sepatutnya bersyukur dengan kebebasan yang tersedia ada tanpa perlu kita bersusah payah. Jika inilah erti kebebasan disini serupalah keadaan aku yang seumpama hidup seperti sekuntum bunga yang rela hidup ditanah yang selalu diinjak dan dilupakan orang.

Renungkanlah bersama. 

SYAKILA HISAM.



Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

Askar dan Musuh

TRAVELOG : BALI