Bayang-Bayang Dunia.

Assalamualaikum...





Dunia hari ini cukup pantas. Tidak sempat untuk dikejar. Perubahan yang melanda cukup deras. Siapa yang perlahan, nampaknya akan ketinggalan. Tapi itu kalau dunia yang kita kejar.
Kata Mr. X,
"Dunia is like a shadow, if you try to grab it, you won't be able to do so, but if you turn your back towards it, it has no choice but to follow you."
Namun harus diingat, bukanlah tidak mengejar dunia bermaksud kita mengasingkan diri dari masyarakat. Pergi beruzlah di dalam gua nun jauh di hutan sana. Tidak mahu bercampur dengan masyarakat dek kerana banyaknya maksiat. Ingat pesan ulama, orang yang bahagia di akhirat adalah orang yang paling sibuk di dunia!
Masih kita berbicara tentang 'pantas' ataupun 'segera'. Kita semua ingin sesuatu dengan segera. Sukar untuk ditunggu. Semuanya ingin cepat sahaja. Mee maggi cepat dimasak enak dimakan - demikian lagu iklan suatu ketika dahulu.
Namun sedarkah kita dengan segala yang berlaku didunia ini? Kita hanya mementingkan diri dan tidak pernah memandang langsung perasaan masyarakat setempat. Jangan lah mempunyai hati dan perasaan seperti bintang-bintang di angkasa. Gelap dan sunyi. Tiada teman untuk meluahkan perasaan.
Sincerely
S.HISAM


Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

Askar dan Musuh

TRAVELOG : BALI